PERBAIKILAH DIRI DAN SERULAH ORANG LAIN
Wednesday, October 23, 2013
SEPULUH WASIAT HASSAN AL BANNA
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Friday, November 11, 2011
Nasihat Luqman terhadap Anak-anak
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Luqman 31:13) |
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14) |
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman 31:15) |
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman 31:16) |
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman 31:17) |
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18) |
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Luqman 31:19) |
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (Luqman 31:20) |
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang? (Luqman 31:21) |
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman 31:22) |
Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Luqman 31:23) |
Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat. (Luqman 31:24) |

Friday, November 4, 2011
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (HR Muslim)
Pengajaran Hadis:
1. Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari 9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
2. Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)
3. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.
Tuesday, October 25, 2011
RESOLUSI KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011
PUTRAJAYA, 23 Oktober – Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (KKMM) 2011 hari ini menyeru supaya semua keluarga Melayu Muslim berusaha untuk membudayakan perencanaan dan menetapkan agenda dalam keluarga demi mengembalikan umat yang bermaruah dan berjati diri tinggi.
Seruan ini merupakan sebahagian daripada resolusi konvensyen tersebut berdasarkan rumusan bahawa institusi keluarga merupakan unit asas terpenting dalam mempertahankan keutuhan sesebuah masyarakat dan bangsa.
Resolusi dibacakan oleh Puan Shazamawati Zam Hashari selaku Pengarah KKMM 2011 di hadapan seluruh peserta yang hadir dalam program anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) itu.
Berdasarkan resolusi tersebut, semua keluarga Melayu Muslim diseru supaya berusaha untuk:
1. Membudayakan perencanaan dalam keluarga.
2. Menetapkan agenda dan halatuju keluarga dalam usaha mengembalikan masyarakat Melayu Muslim yang bermaruah dan berjati diri tinggi.
3. Merancang program tarbiyyah ke arah pembangunan dan pembentukan jatidiri Melayu Muslim untuk seisi keluarga.
4. Merancang pengurusan kewangan dengan berhikmah bersesuaian dengan kemampuan tanpa mengabaikan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.
5. Bapa sebagai tonggak keluarga harus terlibat sepenuhnya dalam perencanaan dan komited memandu keluarga membentuk nilai dan asas kecemerlangan tamadun Islam yang kita warisi.
6. Memperkukuhkan jaringan dalaman dan luaran antara keluarga dan masyarakat.
Konvensyen ini juga menyarankan supaya penggubal dasar di Malaysia mewujudkan satu dasar yang mewajibkan agensi kerajaan dan swasta mengadakan program pembangunan keluarga untuk semua kakitangan di bawah seliaan mereka.
Resolusi tersebut juga menyeru supaya sistem pendidikan di Malaysia menerapkan pendidikan anak-anak di semua peringkat sekolah rendah dan menengah mahupun pengajian tinggi akan tanggungjawab mereka menjaga dan memelihara keluarganya termasuk ibu bapa apabila mereka dewasa.
Menyentuh peranan media massa, KKMM 2011 mengemukakan gesaan agar pihak media memperbanyakkan paparan-paparan positif kejayaan keluarga Melayu Muslim dalam usaha merangsang perubahan mereka ke arah pembentukan keluarga yang cemerlang dan diredhai Allah.
Konvensyen sehari yang berlangsung di Auditorium D8, Parcel D, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya ini telah dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang peserta.
R
Monday, October 24, 2011
Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti
Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 23 Okt. - Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Dapatan tersebut diperoleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter yang dihoskannya bermula Januari tahun ini.
Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman (gambar) berkata, masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.
Justeru beliau berkata, kerajaan perlu memandang serius perkara itu demi memastikan golongan belia terus berada pada landasan yang betul untuk menjamin masa depan negara.
"Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Pelbagai program kesedaran melibatkan para belia perlu diperbanyakkan demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 di sini hari ini.
Konvensyen tersebut diadakan bagi memberi pendedahan mengenai isu semasa permasalahan keluarga dan rahsia kejayaan sebuah keluarga. Ia dimuatkan dengan dua sesi pembentangan kertas kerja selain forum bersama peserta.
Penceramah yang terlibat ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Dr. Badrulhisham Abdul Aziz; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba; pengasas dan rakan kongsi utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., Mahadzir Md. Isa dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan," katanya.
Sunday, October 23, 2011
AYAT-AYAT AL-QURAN
1. Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri. [Surah Al-Maidah : 12]
2.Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Surah Al-Maidah : 18]
3.Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: “Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali”
[Surah Al-Maidah : 19]
4. Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): “Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)”. Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [ Surah Al-Maidah : 20 ]

10 RESOLUSI HIMPUNAN SEJUTA UMMAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
DEKLARASI HIMPUN
“Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah “
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.”
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
Bahawasanya Islam adalah Risalah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej “rahmatan lil ‘alamin” . Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.
Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak . Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.
Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendiran tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Perlanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang keteganggan agama di Negara ini.
Bahawa perhubungan harmonis antara pelbagai penganut agama di negara ini perlu dipupuk untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara. Bahawa kebebasan dan hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman adalah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bahawa kami, umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, menyertai suatu perhimpunan yang diberi nama Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:
Pertama :
Menggesa SEMUA UMAT ISLAM YANG HADIR dalam perhimpunan pada hari ini BERSATU mempertahankan Aqidah Islam dari sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mahu merosak dan memesongkan pegangan orang Islam. Bahawa setiap warga umat Islam perlu beriltizam untuk melindungi, mempertahan dan memelihara peruntukan mengenai kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan yaitu Islam adalah agama Persekutuan dan semua peruntukan yang lain mengenai hak dan tanggungjawab Raja-raja Melayu dan Kerajaan, terhadap Islam mesti dihormati.
Setiap warga umat Islam di semua peringkat samada INDIVIDU, KELUARGA MAHUPUN IBUBAPA mesti berusaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam selengkapnya demi melahirkan sahsiah Muslim yang mempunyai kemantapan iman dan ketinggian ketaqwaan dalam semua bidang kehidupan. Kefahaman sekularisme dalam kehidupan dan sikap perkauman assobiyyah yang sempit hendaklah dibanteras untuk menanamkan nilai ummah dan ukhuwwah sejagat pada setiap Muslim.
Kedua :
Menggesa semua pemimpin Islam dalam PARTI-PARTI POLITIK memperkukuhkan kesatuan umat Islam seperti yang diwahyukan dari Allah dalam Ayat 103 , Surah Ali Imran , mengelakkan perpecahan yang merugikan dan kembali kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah sepenuhnya demi melaksanakan Islam sebagai panduan seluruh aspek kehidupan.
Ketiga :
Menyeru agar SEMUA PIHAK menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah menjadi pelindung dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keempat :
Menuntut KERAJAAN mempastikan bahawa sensitiviti masyarakat Islam di negara ini dihormati. Oleh itu sebarang tindakan yang menghina dan mencabar kedudukan Islam yang istimewa di negara ini hendaklah diambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
Kami juga menggesa supaya kerajaan meningkatkan keberkesanan peranan dan fungsi semua institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Islam Negeri, Institusi Zakat dan Baitul Mal untuk memartabatkan Islam di negara ini dalam pelbagai aspek kehidupan umat samada sosial,budaya, ekonomi, undang-undang mahupun kepimpinan. Semua agensi Islam perlu menangani segala masalah yang dihadapi golongan mualaf dan golongan dhuafa serta kelompok yang memerlukan bimbingan supaya aqidah dan amalan Islam mereka dapat dimantapkan.
Kelima :
Menuntut supaya KERAJAAN segera menggubal Undang-undang Pencegahan Murtad selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan untuk membendung gejala murtad dan kegiatan pemurtadan dan dikuatkuasakan secara terselaras dan menyeluruh di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. Agensi kerajaan yang berkaitan perlu memantau dan bertindak ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan penyebaran agama.
Keenam :
Menggesa kepada semua PERTUBUHAN POLITIK DAN BUKAN POLITIK (NGO) menggembleng tenaga dan seluruh sumber untuk meningkatkan penghayatan dan pembelaaan terhadap agama Islam di kalangan umat Islam demi memastikan martabat Islam dijulang dan kemuliaannya dipertahankan. Untuk itu seluruh organisasi Islam hendaklah berusaha semaksima mungkin untuk menyatukan umat atas dasar Islam berlandaskan Al Quran dan As Sunnah,
Ketujuh :
Mendesak pihak berkuasa KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI melaksanakan polisi yang tegas untuk menyekat segala bentuk hiburan melampau dalam media massa, kelulusan acara konsert terbuka yang berunsur liar dan pengeluaran lesen pusat hiburan yang menganjurkan acara yang mendedahkan generasi muda Islam kepada keruntuhan akhlaq dan penghakisan pegangan Aqidah Islam.
Kelapan :
Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk mempastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
Kesembilan :
Menyeru semua PENGAMAL MEDIA MASSA melaksanakan tanggungjawab mengukuhkan aqidah Islam di kalangan umat Islam. Kami menggesa kepada kerajaan supaya memantau dan mengawal media massa yang menyiarakan bahan-bahan mengenai Islam yang boleh mengelirukan, menyentuh sensitiviti umat Islam dan memberi kesan kepada kefahaman masyarakat yang boleh menimbulkan konflik agama dalam masyarakat.
Kesepuluh :
Menuntut KERAJAAN menggubal undang-undang digubal dan dikuatkuasakan dengan berkesan untuk menjaga sensitiviti agama di kalangan masyarakat dan mengelakkan kesucian Islam dari diperlekeh dan dihina oleh mana-mana pihak.
Kami yang mewakili umat Islam yang hadir di Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah.
Subscribe to:
Posts (Atom)