عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الإيمان من كان الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله وأن يكره أن يعود في الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف في النار
Hadis
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka
Dari hadith di atas menunjukkan bahawasanya seorang mu'min boleh mendapat kemanisan iman dengan melalui tiga peringkat ;
1. Wujudnya kasih sayang yang tulin untuk Allah SWT dan Rasulullah saw
2. Wujudnya persudaraan yang sebenar dalam jamaah muslimin
3. Wujudnya perasaan kebencian yang sebenar terhadap dasar yang boleh membawa kepada kekufuran serta menolak segala ajaran yang boleh menyesatkan.
No comments:
Post a Comment