Hamas setuju syor Mesir
PEMIMPIN Palestin, Mahmoud Abbas (kiri), sedang bercakap dengan Presiden Syria, Bashar Assad, sepanjang mesyuarat mereka yang diadakan selama dua hari di Damsyik, Syria pada 12 Oktober yang lalu. |
Pelan perpaduan dengan Fatah kembali keamanan di Palestin
GAZA: Pergerakan Hamas secara dasarnya semalam bersetuju dengan syor Mesir berhubung pelan perpaduan dengan kumpulan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, tetapi pada masa sama akan menuntut beberapa perubahan pada cadangan berkenaan.
"Kami bersetuju dengan deraf perjanjian itu dan tidak akan membantahnya. Tetapi perlu wujud sebarang jaminan mengenai apa yang harus dipersetujui," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.
"Hamas sememangnya mengharapkan kejayaan usaha Mesir bagi mencapai penyatuan yang boleh melindungi prinsip, hak serta menyatupadukan rakyat kami," katanya.
Dua kumpulan itu saling bermusuhan sejak Hamas mengusir pasukan Fatah dari Semenanjung Gaza dalam pertempuran ganas di jalanan pada Jun 2007.
Wakil dua pihak sudah dipelawa untuk bermesyuarat di Kaherah pada 9 November ini bagi membincangkan pelan damai tajaan Mesir, selaku orang tengah.
Pelan damai Mesir itu yang masih belum dipersetujui Mahmoud antara lainnya mengesyorkan pembentukan kerajaan sementara dibarisi Menteri yang boleh di terima semua pihak selain merombak pasukan keselamatan Palestin dengan bantuan Arab. � AFP
No comments:
Post a Comment