Saturday, August 25, 2007

10 cara untuk membina jaringan

  1. Bawa kad - jangan pergi ke sesuatu tempat tanpa kad perniagaan, pastikan di kad anda secara jelas jenis perniagaan anda atau apa yang anda buat.
  2. Sertai sesuatu - hendaklah anda menyertai mana-mana organisasi dimana terdapat orang yang ingin anda temui atau di tempat orang berkumpul.
  3. Sukarela - apa jua yang anda sertai , anda mestilah aktif. Contohnya menjadi ahli jawatankuasa, ciptakan peluang bagi orang kenali anda atau bercakap dengan anda
  4. Tanya soalan - apabila anda menghadiri sesuatu seminar perniagaan, pastikan anda adalah orang yang pertama bertanya soalan yang baik kepada penceramah, ianya akan membuat anda dikenali
  5. Luaran yang baik - memakai pakaian yang sesuai dengan diri anda
  6. Memakai tanda nama - banyak aktiviti rangkaian yang diadakan menyediakan tanda nama pada perserta. Mengapa tidak anda menyediakan tanda nama bagi mudah dikenali
  7. Bersalam - sentiasa menghargai orang dengan senyuman, tetapi tidak bersalam keterlaluan. Melihat mata ketika bersalam atau ucapkan salam.
  8. Mendengar - Seni dalam membina jaringan ialah menggalakan orang anda temui berbincang dengan anda tentang pandangan, kemahuan dan harapan dia. Elakan dari hanya bercakap tentang diri anda
  9. Bergerak - jangan hanya tetumpu kepada seorang sahaja. Bergerak dari seorang ke seorang yang lain dengan baik, sebelum beredar minta diri dengan memberikan alasan yang munasabah
  10. Mengambil nota - hendaklah mencatatkan apa-apa yang dijanjikan

Pages

Powered By Blogger