Tuesday, September 1, 2009

Berpuasalah Mudah-mudahan Kamu Bertaqwa

Amalan-amalan yang boleh dilakukan dibulan Ramadhan al-Mubarak

1. Berpuasa di siang hari
2. Membaca dan mentadabur Al-Quran
3. Solat Fardu 5 waktu secaraberjemaah dan di awal waktu
4. Mendermakan harta dijalan Allah SWT
5. Memberi makan orang yang berpuasa
6. Menghafal al-Quran dan al-Hadith
7. Menuntut ilmu
8. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silahturrahim
10.Mencari rezeki yang halal
11. Berda'wah di jalan Allah
12. Memperbanyakkan solat sunat seperti dhuha,tarawih, tahajud, hajat, taubat dan witir
13. Berzikir diwaktu-waktu tertentu seperti selepas solat fardu dan di 1/3 malam
14. Mengeluarkan zakat fitrah atau lain-lain zakat
15. Menulis buku atau artikel tentang Islam dan kebaikan
16. Tidak melaksanakan perbuatan-perbuatan yang dicela seperti mengumpat, fitnah, riak, ujud, sombang, malas, pemarah, kedekut, membazir dan memutuskan hubungan silahurrahim
17. Merasai kesengsaraan ummah Islam di seluruh dunia terutama Palestine, Afgainstan, Iraq dan Selatan Thai.
18. Membantu kerja-kerja amal samada melalui NGO, surau atau masjid
19. Beriktikaf dimasjid di 10 hari di akhir Ramadhan
20. Bersahur
21. Berbuka puasa secara sederhana
22. Melaksanakan akhlak yang baik

Berpuasalah Mudah-mudahan Kamu Bertaqwa

1. Dalam Al-Quran Surah Ad-Dukhaan Ayat 3 menyebut bahawa

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

2 Dalam Al-Quran Surah Ad-Dukhaan Ayat 4 menyebut bahawa

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

3. Dalam Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 1 menyebut bahawa

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

4. Dalam Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 2 menyebut bahawa

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

5. Dalam Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 3 menyebut bahawa

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

6. Dalam Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 4 menyebut bahawa

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

7. Dalam Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 5 menyebut bahawa

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Berpuasalah Mudah-mudahan Kamu Bertaqwa

1. Dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah : Ayat 183 Menyebut bahawa ;

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

2. Dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 184 menyebut bahawa ;

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

3. Dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 185 menyebut bahawa

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

4. Dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 187 menyebut bahawa

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

Pages

Powered By Blogger