Sunday, January 18, 2009

1000 tons of explosives and white phosphorus dropped on Gaza in 22 days




The Israeli 10th TV channel has disclosed that the Israeli occupation forces had used half of the air force and launched at least 2500 air raids over the past three weeks of attacks on Gaza Strip.

The TV military correspondent said on Saturday that the Israeli warplanes had dropped more than a thousand tons of explosives in that period.

He reported that the shells fired by artillery, tanks, infantry and gunboats were not included in those fired by the air force.

The intensive Israeli air, sea and land shelling had targeted civilian neighborhoods, mosques and security buildings other than UNRWA offices and warehouses and killed 1200 citizens so far other than 5400 wounded.

Thursday, January 15, 2009




Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. ( Surah Al-Baqarah ; 83 )

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.( Surah Al-Baqarah ; 85 )

Israel mara ke utara Gaza






GAZA CITY 14 Jan. - Tentera rejim Zionis terus meningkatkan serangan di bandar utama di Genting Gaza dengan menjadikan pejuang Hamas sebagai sasaran, awal hari ini.

Tentera Zionis itu turut meningkatkan serangan bom dan bedilan ke bahagian selatan Gaza dekat sempadan Mesir, meningkatkan jumlah korban penduduk Palestin mencecah 1,000 orang.

Saksi berkata, Israel melancarkan serangan bom dari udara sejak malam tadi dengan membedil bertalu-talu ke atas bandar Gaza serta kawasan di utara Gaza dan diberi tentangan hebat oleh pejuang Hamas.

Sumber pasukan perubatan Palestin berkata, lebih 70 orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalam, menjadikan jumlah penduduk Palestin yang terkorban setakat ini meningkat kepada lebih 975 orang, manakala kira-kira 4,400 lagi cedera.

"Para pejuang memberi tentangan habis-habisan dengan melancarkan roket dan bom. Kedua-dua pihak masing-masing mengguna senjata berat dalam pertempuran hari ini,'' kata saksi.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, serangan tentera rejim Zionis yang semakin ganas sejak beberapa hari lalu hanya akan meningkatkan bilangan korban dan cedera di pihak penduduk Palestin.

"Israel benar-benar mahu menghapuskan rakyat Palestin di sana," katanya yang terus memantau perkembangan perang di Gaza dari Tebing Barat.

Rejim Zionis telah menggerakkan lebih banyak pasukan simpanan bagi meningkatkan serangan udara dan darat dan terus bergerak ke bahagian utara Gaza, kata saksi.

- AFP

Monday, January 12, 2009

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi amat Mengasihani.

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di Timur Tengah. Ini dikuatkan lagi dengan sokongan Amerika dan sekutunya yang sering menggunakan kuasa Veto untuk menghalang segala resolusi dan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini menyebabkan rejim Israel tidak mengendahkan segala ketetapan dan resolusi PBB termasuk Resolusi 1860 yang terakhir. Apa yang lebih malang ialah peranan negara Islam yang sehingga kini hanya menggunakan isu ini sebagai alat dalam rundingan politik.

Rapat umum ini meyakini bahawa tragedi yang sudahpun berlarutan selama 15 hari ini, adalah merupakan siri tindakan kejam rejim Zionis dengan sokongan oleh kuasa-kuasa besar dan seolah-olah direstui secara rahsia oleh pemimpin-pemimpin negara Islam untuk mematikan perjuangan suci rakyat Palestin.

Justeru “Rapat Umum Selamatkan Gaza” pada hari ini ingin mengisytiharkan deklarasi berikut :-

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.

2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBB.

3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam

4- Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.

5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.

6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari cengkaman Israel.

7- Menggesa kerajaan negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan yang normal kepada masyarakat Palestin.

8- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

9- Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.

10-Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

11-Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke meja rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.

12- Menekan Amerika daripada menggunakan kuasa Veto menolak cadangan anggota PBB yang lain untuk mengenakan tindakan ke atas Israel.

13- Memboikot barangan Amerika yang banyak menyumbang kepada Pertubuhan Zionis dan penjajahan Rejim Zionis ke atas Palestin.



Penutup

Akhirnya Rapat Umum Selamatkan Gaza menyeru setiap individu Muslim, institusi dan badan (perubatan, bantuan, kebajikan, kewangan dll) melakukan apa sahaja yang termampu oleh mereka seperti memahami dan menerangkan isu Palestin, memboikot barangan yang memberi impak secara langsung di dalam membantu rejim Israel, menyertai bantahan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel, memberikan sokongan moral, sumbangan kewangan, doa munajat dan sebagainya.

Sekian wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA.
SABTU, 10/1/2009.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYOKONG DEKLARASI INI...........MOGA DIPERMUDAHAN OLEH ALLAH SWT

Israel guna peluru kimia





Kepulan asap tebal memenuhi ruang udara di bandar Jabalia, utara Gaza setelah jet perang israel menggugurkan berpuluh-puluh bom di bandar itu, semalam.
- AFP

BANDAR GAZA 11 Jan. - Tiga rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara dan tembakan meriam kereta kebal Israel di Genting Gaza awal hari ini, sesetengah dipercayai terkena peluru meriam mengandungi fosforus putih yang diharamkan di bawah undang-undang antarabangsa.

Doktor Yusef Abu Rish di hospital Nasser di sini berkata, seorang wanita terbunuh dan sekurang-kurangnya 60 lagi cedera akibat tembakan meriam kereta kebal di kampung Khuzaa, timur Khan Younis.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 55 orang cedera terkena peluru mengandungi fosforus putih, bahan yang diharamkan untuk kegunaan terhadap orang awam tetapi dibenarkan untuk tujuan mewujudkan adang asap.

"Tubuh mereka mengalami kebakaran yang hanya boleh disebabkan oleh fosforus putih," kata Yusef.

Dakwaan beliau disokong oleh ketua perkhidmatan kecemasan di Gaza, Dr. Muawiya Hassanein yang berkata, senjata sedemikian digunakan oleh tentera Israel dalam kempennya di Gaza.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) yang beribu pejabat di New York juga menuduh Israel menggunakan peluru mengandungi fosforus putih dan memberi amaran kepada rejim Yahudi itu mengenai kesengsaraan yang dialami oleh orang awam Palestin kerana kebakaran teruk disebabkan bahan mudah terbakar itu.

Fosforus putih biasanya digunakan sebagai adang asap atau bahan pembakar tetapi boleh juga digunakan sebagai senjata yang boleh menyebabkan kebakaran yang membawa maut.

Dalam kejadian berasingan, dua rakyat Palestin terkorban apabila jip yang mereka naiki dibedil oleh pesawat perang Israel di barat bandar ini, kata pasukan perubatan.

- AFP

Rapat Umum Aman Palestin di Shah Aalam

Wakil Gaza bangga masih ada saudara seagama yang pertahan warga Palestin
10/01/2009 5:57pm


SHAH ALAM, 10 Jan. — Sejumlah besar di kalangan 1.5 juta warga Palestin di Gaza yang sedang dikepung oleh kereta-kereta kebal dan dibedil jet-jet pejuang serta helikopter tempur rejim Zionis, masih kental dengan semangat juang dan sanggup mati syahid menentang kekejaman Yahudi.

Ini ditegaskan oleh Wakil Gaza, Naji Z.A.Alsarhi yang hadir pada Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam ucapannya dalam bahasa Arab dengan dibantu penterjemah ke bahasa Melayu, beliau melahirkan rasa bangga bahawa masih ada saudara seagama yang sanggup bangun mempertahankan nasib warga Palestin di Gaza itu.

Beliau turut mengingatkan golongan warga Palestin yang bersekongkol dengan Israel bahawa kegiatan mereka yang belot kepada bangsa sendiri untuk menghancurkan umat Islam di Palestin telah diketahui dan ada antara mereka telah dikenalpasti.

Naji juga berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak amanah dalam memelihara hak rakyat Palestin dan membiarkan Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya bagi menidakkan sebarang resolusi yang dicapai di badan dunia itu bagi mengecam kekejaman Israel ke atas warga Palestin.

Beliau berkata, negara-negara Arab perlu bersatu dan jangan biarkan Gaza mati. - Bernama

Friday, January 9, 2009

SERUAN DARI AMAN PALESTINE



AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89267019 Fax : 03-89259963 E-mel : amanpalestin@yahoo.com


Tarikh : 06 Januari 2009

Kepada :
Institusi / Jabatan /Pertubuhan Organisasi / Badan-badan / Syarikat-syarikat / Masjid / Surau /Individu yang perihatin dan dermawan

DATO’/ DATIN / NAZIR MASJID / PENGERUSI SURAU / TUAN / PUAN,

RAYUAN SELAMATKAN GAZA

Bahawa kami dari Aman Palestin mengutuskan surat ini dengan penuh harapan yang telus serta sedih kami mewakili sebahagian kecil rakyat Malaysia yang prihatin terhadap bencana yang menimpa saudara kita di Palestin khususnya Gaza.
Tujuan utama surat ini diutuskan adalah untuk menunjukkan rasa simpati serta sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini diserang oleh rejim Zionis dengan serangan yang begitu ganas dan dahsyat serta tidak berperikemanusiaan.

Seperti mana yang kita maklum, bilangan angka kematian semakin meningkat dan kini telah mencecah lebih 500 orang dan yang tercedera seramai 2,500 orang. Kebanyakan mangsa adalah daripada penduduk awam Palestin yang majoritinya terdiri daripada “wanita dan kanak-kanak”. Manakala rumah dan penempatan mereka dimusnahkan, rakyat menjadi pelarian, ubat-ubatan kehabisan, keperluan hospital semakin mendesak, tenaga elektrik terputus, anak-anak kelaparan dan pesakit-pesakit yang cedera menunggu saat kematian menjelma.

Kini seluruh dunia merasai keperitan serangan Zionis itu. Oleh yang demikian, Aman Palestin menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan, sayarikat-syarikat dan individu yang hidup hatinya supaya menyatakan sokongan untuk menyelamatkan Gaza dengan menganjurkan apa jua aktiviti yang sepatutnya, seperti :

1)Solat hajat.
2)Doa selamat.
3)Ceramah Palestin.
4)Demonstrasi protes.
5)Rapat umum.
6)Menggantung banner atau bunting.
7)Kutipan derma (wang / makanan / ubat-ubatan).

Kami bersedia bekerjasama dengan pihak tuan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi tel : 03-8926 7019, email : alquds3@streamyx.com.
Alamat : No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Website : www.amanpalestin.org.
Sumbangan anda juga boleh disalurkan terus melalui akaun Aman Palestin seperti berikut :

Maybank Malaysia Bhd : 5622 6301 0787
Bank Muamalat Malaysia Bhd : 120 290 100 478 80.

Kami mengalu-alukan segala bentuk sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan dan kami dahului dengan ucapan “Jazakumullahu Khairan Kathira”.
Sekian, terima Kasih.

Yang benar,

free image host

Terkini di Paletine


Terkini : 30 tentera rejim Zionis terbunuh dan lebih 100 cedera.
Written by admin from on January 8th, 2009 | 2 Comments

Khamis ,08/01/2009 - Wakil Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal
menegaskan mereka berjaya membunuh dan mencederakan lebih 130 tentera
Israel dalam tempoh 5 hari. Dalam satu wawancara tv Palestin, Nazal
menyatakan lebih 30 tentera termasuk komandan pasukan tentera Israel
terbunuh dan yang lain mengalami kecedaraan. Ini termasuk pasukan
khusus mereka bergelar "Golani".

Pemimpin Hamas menyifatkan pencapaian ini merupakan satu kejayaan
besar bagi Hamas dan rakyat Palestin. Hamas juga telah banyak
menggagalkan rancangan Zionis-Israel. Dalam pada itu, tentera Israel
secara rasmi hanya mengaku 9 tenteranya mati. Meskipun begitu, tentera
Zionis-Israel mengetatkan dan menyekat liputan oleh media masa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Wednesday, January 7, 2009

Kenyataan Ikhwan Muslimin tentang Gaza


Dikala ramai pihak dan masyarakat dunia menyaksi dan menunggu PBB, Kuasa-kuasa Besar Dunia, pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan Islam bersidang dan bersidang, beresolusi demi resolusi tapi diveto demi veto, cara tulin dan sebenar memerdekakan Palestin dari penjajahan Yahudi sejak 1947 ialah melalui kejelasan sikap, berpegang kepada Prinsip-prinsip dan mengibarkan panji-panji Jihad. Inilah prinsip gerakan HAMAS dan jemaah Ikhwan Muslimin yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin.

Prinsip-prinsip jamaah Ikhwan Muslimin boleh kita fahami dari tulisan-tulisan pengasasnya, Al-Iman Asy-Syahid Hasan Al-Banna dan juga melalui kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertingginya atau para Mursyid-mursyid Am mereka. Oleh itu saya kira adalah penting menyampaikan kenyataan Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin berhubung dengan apa yang sedang berlaku di Gaza. Kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan kemenanganNya. Ameen.


Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.

Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepadanya (Walak = tempat kecintaan, rujukan dsb. - pent.)..


Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’. “.

mahdi-akef

Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin.

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

hasan-al-banna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin tahun 1928.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

ikh30

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

ikh37

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid dijalan Allah dan tidak takut kepada mati.

Aptopix Bush US Mideast Summit

Sidang Damai Annapolis 2007. Kelihatan Perdana Menteri Israel, Olmert, Presiden Amerika, George Bush dan Mahmud Abbas, Ketua Parti Fatah Palestin mencapai perjanjian.

Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek dimana dikalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.


Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah brtahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah didunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa !

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.


Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.


Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.


Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.


Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Diakhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.


Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.


Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.


Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).


Allahu Akbar, walillahi Hamd.


Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Ustaz Mahdi Akef,

Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

Kaherah.

Diterjemah oleh:

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Pages

Powered By Blogger