Wednesday, October 22, 2008

ADAB-ADAB DENGAN IBU BAPA


Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. ( surah Al-Baqarah ; Ayat 85 )


1. Hendaklah ia mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam

2. Hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya.

3. Hendaklah ia menjujung segala perintah kedua-duanya yang tidak bercanggah dengan syarak.

4. Janganan ia berjalan dihadapan keduanya.

5. Janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.

6. Hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.

7. Hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya.

8. Hendaklah ia brsikap tawadhuk kepada keduanya.

9. Janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan.

10. Janganlah ia memasamkan mukanya dihadapan keduanya.

11. Jangan ia menyebut-yebut jasanya kepada kedua ibubapanya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhidmatannya kepada kedua ibupabanya.

12. Janganlah ia bermusafir kecualli seletah mendapat izin daripada kedua ibubapanya.

Rujukan ; Bidayahtul Hidayah ; Al-Iman Al-Ghazali

Palestine ; Hamas setuju syor Mesir

Hamas setuju syor Mesir



PEMIMPIN Palestin, Mahmoud Abbas (kiri), sedang bercakap dengan Presiden Syria, Bashar Assad, sepanjang mesyuarat mereka yang diadakan selama dua hari di Damsyik, Syria pada 12 Oktober yang lalu.

Pelan perpaduan dengan Fatah kembali keamanan di Palestin

GAZA: Pergerakan Hamas secara dasarnya semalam bersetuju dengan syor Mesir berhubung pelan perpaduan dengan kumpulan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, tetapi pada masa sama akan menuntut beberapa perubahan pada cadangan berkenaan.

"Kami bersetuju dengan deraf perjanjian itu dan tidak akan membantahnya. Tetapi perlu wujud sebarang jaminan mengenai apa yang harus dipersetujui," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

"Hamas sememangnya mengharapkan kejayaan usaha Mesir bagi mencapai penyatuan yang boleh melindungi prinsip, hak serta menyatupadukan rakyat kami," katanya.


"Bagaimanapun, Hamas akan tetap menuntut beberapa perubahan. Tidak dinafikan deraf itu mengandungi beberapa elemen positif, tetapi ia masih perlu dikemas kini. Kami juga akan mendapatkan penjelasan terhadap beberapa perkara daripada barisan kepemimpinan Mesir."

Dua kumpulan itu saling bermusuhan sejak Hamas mengusir pasukan Fatah dari Semenanjung Gaza dalam pertempuran ganas di jalanan pada Jun 2007.

Wakil dua pihak sudah dipelawa untuk bermesyuarat di Kaherah pada 9 November ini bagi membincangkan pelan damai tajaan Mesir, selaku orang tengah.

Pelan damai itu juga dilihat sebagai usaha memulihkan semula perpaduan dan meleraikan krisis Perlembagaan yang boleh mencetuskan konflik lebih besar jika permusuhan mereka dibiarkan.

Pelan damai Mesir itu yang masih belum dipersetujui Mahmoud antara lainnya mengesyorkan pembentukan kerajaan sementara dibarisi Menteri yang boleh di terima semua pihak selain merombak pasukan keselamatan Palestin dengan bantuan Arab. � AFP

Monday, October 20, 2008

Iraq dapat Hak Kedaulatan



ASKAR Amerika Syarikat membuat rondaan di Baquba, dalam wilayah Diyala lebih kurang 65 kilometer (40 batu) ke timur laut Baghdad, baru-baru ini. - Foto Reuters

Baghdad boleh dakwa tentera Amerika terbabit lakukan jenayah

BAGHDAD: Iraq akhirnya diberi hak untuk mendakwa tentera dan rakyat Amerika Syarikat yang melakukan jenayah di luar pangkalan mereka menurut perjanjian keselamatan baru yang mengembalikan banyak hak kedaulatan negara Arab itu.

Menurut deraf perjanjian baru itu, Amerika akan terus mempunyai bidang kuasa ke atas anggota tentera mereka di dalam pangkalan atau ketika mereka menjalankan operasi tetapi tidak dalam lain keadaan.


Perjanjian baru itu memberi kemenangan kepada kerajaan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki yang sejak sekian lama mengambil pandangan tegas untuk mempertahankan kedaulatan negaranya.


Perjanjian digelar Sofa (Status of Forces Agreement) memberi asas perundangan bagi kehadiran tentera Amerika selepas mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tamat 31 Disember ini.

Jika perjanjian itu dimeterai kedua-dua pihak dan diluluskan Parlimen Iraq ia akan berkuatkuasa pada 1 Januari.

Nuri al-Maliki

Pasukan perang Amerika akan berundur dari pekan dan kampung Iraq menjelang Jun 2009 dan akan berundur keseluruhan daripada negara Arab itu menjelang Disember 2001, kata deraf dokumen perjanjian itu.

"Pasukan keselamatan Iraq tidak lama lagi akan mengambil alih kawalan di seluruh negara dan selepas Jun 2009, pasukan tentera Amerika hanya berada di pangkalan mereka," menurut dokumen itu yang diperoleh AFP.

Kedua-dua pihak juga bersetuju sebarang operasi ketenteraan perlu mendapat kelulusan Baghdad terlebih dulu.

"Semua operasi tentera ini mesti dilaksanakan menurut perlembagaan dan undang-undang Iraq," menurut dokumen itu.

Perjanjian itu juga mengehadkan kuasa tentera Amerika dengan membenarkan mereka menahan rakyat Iraq hanya atas arahan Baghdad.

Jika mereka menahan rakyat Iraq, tahanan itu mesti diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Menurut perjanjian baru Iraq juga mendapat kawalan semula terhadap ruang udaranya. � AFP

Pages

Powered By Blogger