Wednesday, March 28, 2007

77 Cabang Iman ( Baihaqi )

  1. Beriman kepada Allah SWT
  2. Beriman kepada semua Rasul
  3. Beriman kepada para Rasul Allah
  4. Beriman kepada al-Quran dan semua Kitab yang diturunkan sebelumnya
  5. Beriman bahawa Takdir( Qada' dan Qadar ) yang baik ataupun yang buruk semuanya datangnya dari Allah
  6. Beriman kepada Hari Akhirat
  7. Beriman kepada kebangkaitan setelah mati
  8. Beriman akan dikumpulkannya ummat manusia setelah dibangkitkannya dari kubur mereka
  9. Beriman bahawa tempat tinggal orang-orang yang beriman dan tempat kembali mereka adalah syurga sedangkan tempat kembali orang-orang kafir adalah neraka
  10. Beriman wajibnya mencintai Allah SWT
  11. Beriman wajibnya takut kepada Allah SWT
  12. Beriman wajibnya pengharapan kepada Allah SWT
  13. Beriman wajibnya tawakkal kepada Allah SWT
  14. Beriman wajibnya mencintai Rasulullah SAW
  15. Beriman wajibnya mengagungkan, menghormati dan memuliakan Rasulullah SAW
  16. Berpegang teguhnya seseorang pada Islam, sehingga dilemparkan keadalam api, lebih disukai daripada kekafiran
  17. Menuntut ilmu
  18. Menyebarkan ilmu
  19. Mengagungkan al-Quran yang mulia, mempelajari dan mengerjakannya, menjaga ketentuan-ketentuana dan hukum-hukumnya
  20. Bersuci
  21. Solat 5 waktu
  22. Zakat
  23. Puasa
  24. I'tikaf
  25. Haji
  26. Jihad
  27. Bersiap siaga dalam perang di jalan Allah
  28. Sabar
  29. Memberikan seperlima rampasan perang kepada Imam( Khalifah Islam )
  30. Membebaskan hamba dengan tujuan medekatkan diri kepada Allah SWT
  31. Kaffarah ( denda ) wajib dari jinayati( tindakan pelanggaran iaitu dengan Al-Quran dan sunnah.
  32. Menepat segala janji
  33. Mensyukuri nikmat-nikmati yang tidak terhitung banyaknya
  34. Menjaga lidah dari perkataan-perkataan yang tidak perlu termasuk didalamnya seperti bohong, ghibah. adu domba dan perkataan keji
  35. Amanat serta kewajipan untuk menyampaikan kepada yang berhak menerimanya
  36. Pengharaman membunuh seseorang tanpa hak dan hukum Jenayah yang berkaitan dengannya
  37. Menjaga kemaluan dan kehormatan diri
  38. Memelihara tangan dari mengambil harta orang lain, termasuk didalamnya diharamkan mencuri, merompak, rasuah dan dari hasil yang tidak halal
  39. Berhati-hati dalam perkara masalah makanan dan minuman, menjauhkan diri dari hasil yang tidak halal
  40. Pakaian, perhiasan tempat makan dan minum serta lain-lain hal haruslah dijauhkan dari yang haram dan menghindari yang dimakruhkan
  41. Menjauhkan tempat-tempat hiburan yang melanggar syariat Allah.
  42. Bersederhana dalam perbelanjaan( nafkah ) , menharamkan makan harta dengan cara yang bathil
  43. Menjauhi hasad dengki dan iri hati
  44. Menjaga kehormatan orang lain dan menutupi aibnya.
  45. Ikhlas dalam beramal hanya kerana Allah SWT dan meninggalkan riya'.
  46. Rasa senang terhadap kebaikan dan rasa sedih ( benci terhadap kejahatan
  47. Membalut setiap dosa dengan taubat.
  48. Menyembelih binatang korban seperti untuk hadiah dan Idul Adha ataupun akikah.
  49. Taat kepada ulul Amri( pemimpin ) yang adil
  50. Berpegang terhadap apa yang disepakati oleh jamaah muslimin.
  51. Melaksanakan hukuman terhadap manusia secara adil.
  52. Menyuruh yang ma'ruf ( baik ) dan mencegah yang munkar( jahat ).
  53. Saling tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa.
  54. Memiliki rasa malu.
  55. Berbuat baik terhadap kedua orang tua
  56. Menyambung silaturahim
  57. Berakhlaq yang baik
  58. berbuat baik kepada hamba sahaya
  59. Hak tuan( majikan ) terhadap hamba sahayanya iaitu hendaklah para hamba sahaya patuh terhadap tuannya, taat mengerjakan apa yang diperintahkan oleh tuanya sesuai dengan kemampuannya
  60. Hak anak-anak dan keluarga, iaitu tanggungjawab seorang laki-laki terhadap anak-anak dan keluarganya, mendidik mereka dan memberikan salam kepada mereka
  61. Mendekati ahli agama. mencintai mereka dan menyebarkan salam kepada mereka
  62. Membalas ucapan salam
  63. Menziarahi orang yang sakit
  64. Menyolatkan oang yang meninggla dikalangan kaum muslimin.
  65. Mengucapkan do'a bagi mereka yang bersin
  66. Menjauhi orang-orang kafir dan mereka yang berbuat kerosakan dan bersikap tegas terhadap mereka
  67. Menghormati jiran tetangga
  68. Menghormati tetamu
  69. Mentupi aib para pelaku maksiat dan dosa
  70. Sabar terhadap segala musibah dan segala penderitaan yang dilaluinya
  71. Zuhud dan tidak panjang angan-angan
  72. Memiliki sifat kasih-sayang , lemah-lembut dan tidak menyakiti orang lain.
  73. Menjauhi hal-hal yang tidak berguna ( melalaikan ).
  74. Pemurah dan tidak bakhil
  75. Menyayangi kanak-kanak dan menghormati orang yang lebih tua
  76. Mendamaikan dua orang ( kelompok ) yang bertikai
  77. Hendaklah seseorang itu mencintai saudaranya ( sesama muslim ) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri, demikian juga membenci sebagaimana dirinya sendiri membenci.

5 Tahap dalam menegur kemungkaran( Al-Ghazali )

  1. Mengenalpasti kemungkaran
  2. Menasihati dengan kata-kata lembut
  3. Menegur ( dengan kata-kata yang tegas dan keras )
  4. Mencegah dengan paksa
  5. Memukulnya sehingga berhenti berbuat mungkar

Tuesday, March 27, 2007

Diantara Amalan Harian Seorang Muslim

  1. Mendirikan solat Fardu 5 kali sehari
  2. Membaca dan mengkaji Al-Quran
  3. Mendirikan solat-solat Sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, sebelum dan selepas solat fardu, Dhuha dan Witir
  4. Mengingati Allah seperti membaca zikir al-mathurat, istigfar, tahmid dan tahlil
  5. Mengingati mati
  6. Mencari rezeki yang halal
  7. Mendidik anak-anak
  8. Menguruskan rumah-tangga
  9. Menuntut ilmu
  10. Melaksanakan akhlak mulia
  11. Menjauhi sifat-sifat yang dikeji
  12. Melaksanakan da'wah
  13. Mengikuti sunnah Nabi dalam melakukan suatu perkara
  14. Membaca doa dalam setiap perbuatan yang harus

Monday, March 26, 2007

Usul KeTiga( Hassan al-Banna )

Iman yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama

Projek Pemulihan Masyarakat ( Hassan al-Banna )

  1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam masyarakat
  2. Memelihara tatatulisa masyarakat dan mengukuhkan institusi masyarakat
  3. Memeliharaan institusi keluarga ( wanita, pemuda-pemudi dan kanak-kanak )
  4. Menghapuskan jenayah dan penyelewangan
  5. Mewujudkan sistem pemantauan ( hisbah )
  6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan peluang pekerjaan
  7. Memulihkan sistem pendidikan
  8. Menjaga kesihatan masyarakat
  9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni
  10. Memantau kegiatan pelancongan

Kesan-kesan positif menggabungkan diri dalam jemaah ( hidup kebersamaan )

1. Membantu mengenal diri dari sifat

  • sifat pentingkan diri dan keakuan atau sifat utamakan orang lain dan tolong-menolong
  • sifat matang dan tenang atau bodoh dan gopoh
  • sifat keberanian peribadi atau penakut dan bacul
  • sifat benar atau bohong, amanah atau khianat dan kerja bersistematik atau tanpa perancangan

2. Memperbaiki kesilapan

3. Pengagihan tenaga

4. Mencetuskan harapan dan menghilangkan perasaan putus asa

5. Memperbaharui himmah ( semangat ) dan kecergasan

6. Memperolehi pengalaman

7. Mempertahankan kehormatan dan kemuliaan

Sifat-sifat Positif Dalam Membina Jatidiri Individu

  1. Mengkaji dan berfikir
  2. Melipatgandakan usaha dan kegiatan ( rajin dan bersunguh-sungguh )
  3. Mengongsi idea yang bernas ( berani mengeluarkan pendapat yang bernas )
  4. Mampu menghadapi kesukaran dan bebanan di perjalanan ( gigih atau cekal )
  5. Mempertahankan diri dan kehormatan
  6. Menyatakan kebenaran dan mempertahankannya dari pelampauan dan perkosaan ( ada sifat keperwiraan )
  7. Ketaatan dalam perkara makruf ( berdisplin )
  8. Memberi dan menerima nasihat( proaktif dalam perkara nasihat )
  9. Menghisab diri ( insaf )

Sunday, March 25, 2007

Kaedah Penyaringan dan Pemilihan Individu dalam Da'wah

Hassan Al-Banna mengariskan sifat orang yang layak untuk bersama da'wah beliau berkata;
"Di sini saya ingin tegaskan kepada sesiapa sahaja dikalangan umat Islam yang bersemangat tinggi, mana-mana jemaah Islam pada zaman ini amat-amat memerlukan individu-individu yang mahu berkerja dan berfikir. mereka memerlukan orang-orang yang berani dan produktif. Oleh itu diharamkan kepada sesiapa sahaja yang memahami hakikat in untuk melewatkan seruan ini walaupun sesaat ."

Individu-individu tersebut adalah mempunyai sifat-sifat kendiri seperti berikut ;

  1. Cergas - seorang yang giat berkerja dan cergas
  2. Pemikir - seorang yang bijak menggunakan akal fikirannya
  3. Berani - seorang yang berketerampian, berani dan sedia berkorban
  4. Produktif - seorang yang mampu menepati mencapai kejayaan

Kumpulan Manusia

Manusia terbahagi kepada 4 golongan
  1. Orang yang yakin - Orang ini kita ajak supaya bersama kita dan berkerja bersama kita
  2. Orang yang sangsi - Orang ini akan kita akan biarkan bersama kesangsian nya. Namun kita nasihatkan agar dia terus berhubung terus dengan kita
  3. Orang yang berkepentingan - Allah sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaaan kepada Allah dalam dirinya sendiri, hartanya.
  4. Orang yang berprangsangka - Kita akan tetap mengasehi orang ini. Kita berharap semoga suatu masa nanti dia akan bersama kita serta yakin dengan da'wah kita

Ciri-ciri Da'wah( Hassan al-Banna )

  1. Rabbani
  2. Segajat
  3. Berilmu
  4. Berkecuali
  5. Sederhana
  6. Rasional
  7. Praktikal
  8. Tersendiri
  9. Syumul

10 Ciri-ciri Peribadi Muslim( Hassan al-Banna )

  1. Individu yang kuat tubuh badannya.
  2. Akhlaq yang mantap
  3. Berilmu( menunaikan tanggungjawab ilmu )
  4. Mampu berdikari( menunaikan tanggungjawab bekerja dan mencari pendapatan )
  5. Aqidah yang sejahtera
  6. Ibadah yang betul ( menunaikan tanggungjawab beribadah )
  7. Bermujahadah melawan dirinya
  8. Menjaga masa
  9. Tersusun urusan-urusannya
  10. Bermenafaat kepada orang lain

10 Sifat-sifat Peribadi Muslim

  1. Ikhlas dalam beramal
  2. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai imam, pemimpin dan suri teladan
  3. Mencintai dan membenci semata-mata kerana Allah SWT.
  4. Tidak menyimpan perasan dengki, benci, dendam dan hasad kepada siapa sahaja hamba Allah SWT.
  5. Menyempurnakan ibadah-ibadah fardu( wajib ) dan membekali diri dengan ibadah sunat
  6. Aqidah mereka adalah aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jamma'ah
  7. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta tidak kikir dalam menyebarkan ilmu.
  8. Sentiasa ingin mencintai dan bersatu dengan kaum muslimin serta tidak menyukai perpecahan
  9. Kembali kepada al-Quran dan Hadith dalam menyelesaikan perselisihan dan perpecahan.
  10. Berkata benar dan menjauhi perkataan yang bathil

( Kata-kata ; Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni )

Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rububiyyah bermakna mengaku bahawa Allah SWT adalah pencipta bagi segala sesuatu dan tiada dua pencipta yang sebandingan pada sifat dan perbuatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud;
Rasul-rasul mereka bertanya: " Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi?... " ( Surah Ibrahim; 10 )

....Nabi Musa menjawab ; Sebenarnya engkau ( hai Firaun ) telah pun mengetahui ; tiadalah yang menurunkan mu'jizat-mu'jizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran....." ( Surah Al-Isra': 102 )

Islam adalah ibadat yang shahih

Islam merupakan ibadah degan ertikata perlaksanaannya berasaskan pengabdin diri kepada Allah yang Esa, tanpa menyekutiNya, selari dengan apa yang disyariatkan Allah kepada RasulNya Muhammad SAW.

Ibadat; Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti amalan dan perilaku untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan. Ibadat padanya terjemahan dari i'tiqad yang tersemat didalam hati muslim. Ibadat ini dengan makna umumnya di dalam Islam merangkumi kewajipan-kewajipan dan adat-adat apabila ditunaikan dengan niat kepada Allah atau dengan ertikata apa yang terkandung di dalamnya mencakupi elemen-elemen yang diwajibkan oleh Islam untuk ditunaikan; maka ia adalah ibadat yang sahih iaitu terlepas dari sebarang keaiban dan tidak mengandungi sebarang pemesongan serta tidak menerima sebarang kebathilan.

Ibadat di dalam Islam adalah sedemikian rupa kerana ianya datang dari Allah dan ianya telah diperincikan secara halus meliputi segala apa yang menyentuh sudut kehidupan insan, dan segala kewajipan yang perlu ditunaikan oleh insan merangkumi segala kewajipan atau melaksanakan hak-hak.

Saturday, March 24, 2007

Usul KeEmpat( Hassan al-Banna )

Tangkal azimat, jampi serapah, al-wad'( manik putih yang berlubang di bahagian tengahnya) , al-ma'rifah( orang yang mengaku dirinya mengetahui perkara ghaib ), tukang tilik dan dakwaan mengetahui perkara ghaib semuanya adalah perkara mungkar yang wajib diperangi kecuali mengandungi ayat al-Qur'an atau mentera yang ma'thur

Usul KeDua( Hassan Al-Banna )

Al-Qur'an al-Karim dan al-sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi setiap muslim untuk mengetahui hukum-hakam agama Islam. Al-Qur'an perlu difahami menurut kaedah Bahasa 'Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai

Usul KeSepuluh( Hassan Al-Banna )

Mengenal Allah dan mentauhidkan dan menyucikanNya adalah kemuncak aqidah Islam. Kita mengimani ayat-ayat sifat dan hadith-hadith yang sahih serta apa-apa tasyabuh( penyerupaan ) yang layak bagi Allah sepertimana datangnya, tanpa menta'wil dan ta'til ( menafikan). Kita tidak mendedahkan diri kepada sesuatu yang terdapat padanya perselisihan antara ulama. Sudah cukup untuk kita dengan apa yang telah dicukupkan oleh Rasul.

Allah berfirman yang bermaksud;
"Dan orang-orang yang mendalam 'ilmunya berkata kami beriman dengan semuanya ayat-ayat yang mutasyabihat ) dari tuhan kami"
( Surah Ali-Imran ; 7 )

Thursday, March 22, 2007

Pendekatan Al-Quran dalam Merubah Masyarakat

  1. Ketuhanan
  2. Mengangkat martabat manusia
  3. Mengesahkan wujudnya hari pembalasan
  4. Melaungkan ikatan persaudaraan seluruh manusia
  5. Mengajak kaum lelaki dan wanita supaya bangkit bersama. Mengisytiharkan kerjasama dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta menggariskan peranan masing-masing secara terperinci.
  6. Menjamin kestabilan masyarakat dengan cara memperakui hak-hak untuk hidup, memiliki harta, berkerja, sihat tubuh badan, bebas, berilmu, keselamatan setiap individu dan hak menentukan sumber pendapatan.
  7. Mengawal dua naluri manusia iaitu naluri menjaga keselamatan nyawa dan naluri menjaga kesinambungan zuriat, disamping mengatur keperluan mulut dan seks
  8. Tegas dalam memerangi jenayah sebenar
  9. Memelihara perpaduan umat Islam dan menghapuskan segala bentuk dan punca yang membawa perpecahan
  10. Mewajibkan umat Islam melaksanakan jihad demi menegakan prinsip kebenaran yang diketengahkan oleh sistem ini.
  11. Meletakan negara sebagai wakil kepada gagasan( fikrah ) ini dan bertindak sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan gagasan ini keseluruh manusia

Wednesday, March 21, 2007

10 Perkara Perlu Dijauhi Untuk Mencapai Redza Allah SWT

1. Futur ( malas, lamban atau kendur setelah rajin berkerja )
2. Israf ( Berlebihan )
3. Isti'jal ( Tergesa-gesa )
4. Uzlah ( Mengasingkan diri daripada hidup berjemaah )
5. Kagum Diri
6. Ghurur ( Terpedaya )
7. Takabur ( Sombong )
8. Riya' dan Sum'ah ( Mempamirkan amalan soleh untuk mendapat pujian manusia )
9. Mengikuti Hawa Nafsu
10. Lemah Pendirian

Faktor-faktor Meraih Cinta Allah SWT

1. Dengan al-Quran

Rasulullah SAW bersabda;
"Tidaklah suatu kaum itu sesat( berpaling ) setelah mereka mendapat hidayah ( Al-Quran) yang diberikan kepada mereka, melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang perselisihan dan perpecahan" ( Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dan juga Al-Hakim )

2. Melepaskan dunia dan Zuhud terhadapnya

Rasulullah SAW bersabda ;
" Bersikap zuhudlah kamu terhadap kehidupan dunia ini, nescaya Allah akan mencintaimu dan bersikap zuhudlah kamu terhadap sesuatu yang dimiliki oleh manusia, maka manusia akan mencintaimu"( Hadith Riwayat Ibnu Majah )

3. Qiyamullail( Solat Malam )

Allah SWT berfirman ;
"Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohon keampuanan di waktu pagi sebelum fajar." ( Surah Adz-Dzariyat: 17-18)

"Lambung mereka jauh daripada tempat tidurnya ( mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur untuk mengerjakan solat malam) dan mereka selalu berdo'a kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap serta mereka menafkahkan apa-apa rezeki yang Kami berikan."( Surah As-Sajdah: 16 )

4. Merenungkan ayat-ayat Allah SWT

Firman Allah SWT ;
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ): "Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa nereka." ( Surah Ali-Imran ;190-191)

Tuesday, March 20, 2007

10 Perkara yang diperlukan oleh Individu Muslim

  1. Faham
  2. Ikhlas
  3. Amal
  4. Jihad
  5. Berkorban
  6. Taat
  7. Tabah
  8. Jatidiri
  9. Bersaudara
  10. Menaruh Kepercayaan

Cintai Islam kenalilah Islam

Islam adalah agama yang menyeluruh ianya mencangkupi seluruh kehidupan manusia. Dengannya manusia akan hidup dengan penuh keamanan dan kesejahteraan. Kejayaan hidup dalam Islam bukannya kehidupan didunia ini tetapi juga melangkaui kehidupan di akhirat.

Hassan Al-Banna menukilkan bahawa " Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencangkupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih

Pages

Powered By Blogger