Sunday, March 25, 2007

Islam adalah ibadat yang shahih

Islam merupakan ibadah degan ertikata perlaksanaannya berasaskan pengabdin diri kepada Allah yang Esa, tanpa menyekutiNya, selari dengan apa yang disyariatkan Allah kepada RasulNya Muhammad SAW.

Ibadat; Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti amalan dan perilaku untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan. Ibadat padanya terjemahan dari i'tiqad yang tersemat didalam hati muslim. Ibadat ini dengan makna umumnya di dalam Islam merangkumi kewajipan-kewajipan dan adat-adat apabila ditunaikan dengan niat kepada Allah atau dengan ertikata apa yang terkandung di dalamnya mencakupi elemen-elemen yang diwajibkan oleh Islam untuk ditunaikan; maka ia adalah ibadat yang sahih iaitu terlepas dari sebarang keaiban dan tidak mengandungi sebarang pemesongan serta tidak menerima sebarang kebathilan.

Ibadat di dalam Islam adalah sedemikian rupa kerana ianya datang dari Allah dan ianya telah diperincikan secara halus meliputi segala apa yang menyentuh sudut kehidupan insan, dan segala kewajipan yang perlu ditunaikan oleh insan merangkumi segala kewajipan atau melaksanakan hak-hak.

No comments:

Pages

Powered By Blogger