Thursday, March 20, 2008

Dalam Kenangan - Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah Pasir Mas Kelantan

Aku pernah belajar dengan Tuan Guru Haji Abdullah selama setahun pada tahun 1990 selepas menamatkan pengajian peringkat Diploma. Pada hari Rabu 19hb Mar 2008 jam 7.20 pagi hilang lagi seorang ulama yang di hormati lagi berilmu dari Kelantan. Banyak jasa Tuan Guru dalam menyampaikan ilmu dan mendidik masyrakat supaya beriman dan beramal dengan Islam. Semoga roh Allahyarham Tuan Guru dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Thursday, March 6, 2008

Mutiara Kata - Hassan al-Banna

Kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kerajaan yang tidak berlandaskan Islam. Kami juga tidak mengiktiraf mana-mana parti politik dan apa juga tradisi yang dipaksa oleh pihak kafir dan musuh Islam untuk kami amalkan. Kami akan berkerja untuk menghidupkan kembali segala aspek sistem pemerintahan Islam. Kita juga akan membentuk sebuah kerajaan Islam berlandaskan sistem ini.
( Risalah Buat Pemuda )

Sikap para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya hukum Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam ; Jenayah yang tidak dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa eksekutif daripada gengaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam yang suci.

Ikhwan al-Muslimin tidak menuntut kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada dikalangan umat ini yang bersedia memimpin masyarakat berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran, maka Ikhwan akan menjadi jentera, pembantu dan pendokongnya. Jika tiada, maka kuasa pemerintahan adalah sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula kuasa daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah Allah
( Ucapan Dasar Muktamar Kelima Ikhwan al-Muslimin )

Pages

Powered By Blogger