Wednesday, January 19, 2011

Kelebihan orang-orang yang membelanjakan harta di jalan Allah




“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuannya.”
(Al-Baqarah 2:261)

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Al-Baqarah 2:274)

Allah berfirman, maksudnya: " Sesungguhnya telah menang orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya." (surah al-Mukminun, 23: 2-7)

Allah berfirman lagi, maksudnya: "(juga di kalangan orang yang telah menang iaitu) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya.Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.". (surah al-Mukminun, 23:2-11).

15 Sifat Peribadi Muslim



Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat ( solat di awal waktu dan bagi lelaki solat secara berjemaah di masjid atau surau ) kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Kesebelas : Membaca Al-Quran dan menghayati maknanya dijadikan panduan dalam kehidupan

Keduabelas : Sentiasa memasang niat untuk berjihad di jalan Allah SWT

Ketigabelas : Menghormati dan mengasehi kedua ibu-bapa.

Keempatbelas : Memaafi sesama muslimin dan tidak bersifat berdendam

Kelimabelas : Menuntut ilmu yang memberikan manfaat samada hidup didunia atau akhirat

Pages

Powered By Blogger