Sunday, April 29, 2007

Mutiara 5

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. kengkanglah segala kehendak dan adat kebiasaannya

Mutiara 4

MASA ITU KEHIDUPAN

Mutiara 3

Kita bukan parti politik walaupun politik yang berlandaskan Islam adalah teras gagasan kita....
Kita bukan pertubuhan kebajikan walaupun amal kebajikan adalah objektif kita...........
Kita bukan pasukan sukan walaupun senaman badan dan rohani menjadi kaedah terpenting kita......

Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu, untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakan nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.

The Seven Habits of Highly Effective People - Stephen R Covey

  1. Be Proactive
  2. Begin with the End in Mind
  3. Put first Things First
  4. Think "Win-Win"
  5. Seek First to Understand.....Then to be Understood
  6. Synergize
  7. Sharpen the Saw

Skills and Attitude Required

  1. Positive attitudes
  2. Goal setting
  3. Time management
  4. Lifelong education
  5. Simple , healthy pleasures
  6. Your past, present, future

Innovation Process

3 Stage Process
  1. Creative thinking
  2. Critical reasoning using industry insight
  3. Implementation strategy
Innovation - idea creation

10 Perkara yang menyebabkan Hati Anda Mati

  1. Anda kenal Allah tetapi tidak menunaikan haknya.
  2. Anda sangka diri anda cintakan Rasulullah SAW tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
  3. Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
  4. Anda makan ni'mat Allah SWT tetapi tidak bersyukur kepadaNya.
  5. Anda menyatakan syaitan musuh anda sedangkan anda mengikuti jejak langkah mereka.
  6. Anda menyatakan syurga itu benar tetapi anda tidak berkerja untuknya.
  7. Anda menyatakan neraka itu benar tetapi anda tidak bersedia untuknya
  8. Anda menyatakan mati itu benar tetapi anda tidak bersedia untuknya.
  9. Anda sibuk dengan keaiban orang lain dan lupa aid diri anda sendiri.
  10. Anda mengembumikan orang yang mati dikalangan anda tetapi anda tidak tidak ambil pengajarannya.

Saturday, April 21, 2007

Isu Penting yang Bakal Dihadapi Arus Kebangkitan

Hassan Al-Banna secara terperinci telah mengariskan krisis umat Islam. Menurut beliau "Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular kesetiap sudut hayat mereka."

  1. Dalam sudut politik - bangsa ini terlah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah.
  2. Dalam sudut ekonomi - amalan riba berleluasa disemua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka
  3. Dalam sudut pemikiran - timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakt mereka
  4. Dalam sudut sosial - wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan mencemar kesucian hidup mereka.
  5. Dalam sudut undang-undang - wujudnya kepincangan dalam undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh tuhan yang mencipta manusia, raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia.
  6. Dalam sudut dasar pelajaran dan polisi pendidikan - wujudnya kepincangan sehingga menghalang generasi baru, bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.
  7. Dalam sudut kejiwaan - bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas, pengecut, rendah diri, bnacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebaran pengorbanan. akhirnya bangsa ini terpiunggir daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan berhibur.

Saturday, April 14, 2007

Akhlak mulia yang mantap dan sebati serta jiwa yang bersemangat waja

Ustaz Hassan al-Banna tegaskan suatu hakikat bahawa sesebuah bangsa yang ingin bangkit mestilah memiliki akhlak yang mulia dan mantap serta jiwa yang bersemangat waja. Ini kerana bangsa ini akan berhadapan dengan tuntutan era baru iaitu era kebangkitan. Kebangkitan ini hanya akan dapat dicapai apabila mereka memiliki akhlak yang mantap dan jujur yang lahir daripada keyakinan yang mendalam, kecekalan yang teguh, pengorbanan yang besar dan keupayaan memikul beban yang berat.

Firman Allah SWT yang bermaksud;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ) ( Surah Al-Shams : 9-10 )

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ( Surah Al-Ra'd: 11 )

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah ( untuk berjuang membela Islam ); maka diantara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid ) dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah ( apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Berlakunya yang demikian supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka ( Surah Al-Ahzab ; 23-24 )

Saturday, April 7, 2007

Kewajipan dalam Sistem Islam ( Hassan al-Banna )

  1. Solat, zikir, taubat istighfar dan sebagainya
  2. Puasa, bersederhana dan berwaspada dengan kemewahan.
  3. Zakat, sedekah dan memberi sumbangan untuk kebajikan.
  4. Haji, pelancongan, lawatan, penorakaan dan melihat alam ciptaan Allah.
  5. Mencari rezeki, berkerja dan mengharamkan amalan mengemis.
  6. Jihad, berperang, mempersiapkan angkatan tentera, menjaga keluarga para pejuang dan kepentingan mereka semasa ketiadaan mereka.
  7. Menyuruh perkara yang baik dan memberikan nasihat.
  8. Mencegah perkara yang tidak baik serta memulaukan tempat dan pelakunya.
  9. Membekalkan setiap lelaki dan wanita Islam dengan ilmu dan pelbagai kemahiran hidup yang sesuai dengan fitrah masing-masing.
  10. Bergaul dengan baik dan memiliki sepenuhnya akhlak yang baik
  11. Menjaga kesihatan badan dan pancaindera.
  12. Tanggungjawab sosial antara pemerintah dan rakyat iaitu antara tanggungjawab memelihara rakyat dan kewajipan mentaati perintah.

Rancangan Tindakan ke Arah Pembinaan Sebuah Negara Islam

  1. Ibadah
  2. Harga diri dan menjaga panca indera
  3. Berkorban dan menyumbang demi kebaikan
  4. Haji, melancong dan meneroka
  5. Berusaha dan berkerja
  6. Jihad dan menjaga kepentingan para mujahid
  7. Menggalakan kebaikan dan mencegah kejahatan
  8. Mengembangkan ilmu pengetahuan
  9. Hubungan yang baik
  10. Perpaduan masyarakat antara pemerintah dan rakyat

Asas Pembinaan Negara Islam

  1. Kekuatan dalaman( Akidah Islam )
  2. Persediaan mental ( Mempertingkatkan diri dan mengawal naluri )
  3. Menghapuskan fanatik perkauman ( Persaudaraan, kerjasama, persamaan lelaki dan wanita )
  4. Persediaan individu ( Nilai, ilmu dan kemahiran )
  5. Menghormati hak-hak menusia ( Fizikal dan emosi )
  6. Menjaga perpaduan negara ( Menyekat perpecahan dam tegas menghapuskan jenayah )
  7. Mengawal sempadan negara ( Tanggungjawab jihad )
  8. Tanggungjawab masakini ( Mengembangkan prisip-prinsip keadilan yang dipelopor oleh Islam )

Tanggungjawab Individu dan Masyarakat dalam pembinaan sebuah negara Islam ( Hassan al-Banna )

Sistem al-Quran berbeza dengan sistem-sistem ciptaan manusia atau falsafah teorikal yang lain kerana segala prinsip dan ajaran al-quran yang berbentuk teori bukan hanya bertempat dalam jiwa atau sekadar pandangan yang tertera dalam buku atau ungkapan yang diucap dimulut atau dibibir sahaja. Sebaliknya demi memantap, mengukuh dan merealisasikan kesan serta hasilnya, Islam meletakkan beberapa bentuk tindakkan.

Islam juga mewajibkan umat yang mengimani dan menganutinya supaya berusaha bersungguh-sungguh mengamalkannya. Malah Islam meletakan amalan-amalan ini sebagai suatu kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan. Islam juga memberikan ganjaran kepada mereka yang mengamalkan nya dan menghukum sesiapa yang cuai hingga ke tahap mengingkirkannya daripada masyarakat ini dan mencampakkannya ketempat yang menyeksakan.

Monday, April 2, 2007

Usul KeEnam Belas ( Hassan al-Banna )

Adat sumbang yang diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz-lafaz syarak. Malah apa yang dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti ruang lingkupnya dan dilaksanakan menurut erti istilah tersebut. Disamping itu budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan agama. Perkara yang diambil kira bukannya nama, sebaliknya apa yang dimaksudkan oleh nama tersebut.

Mutiara 1

Wahai umat Islam, mengabdikan diri kepada Tuhan kamu dan berjihad demi memartabatkan agama dan syariat kamu adalah tanggungjawab kamu dalam hidup ini

Gerakan Kebangkitan( Hassan al-Banna )

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu;
  1. Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan
  2. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan
  3. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut
  4. Memahami prinsip, meyakininya dan menghormatinya dengan tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain

Mutiara 2

"Da'wah ini hanya layak untuk orang yang menguasainya "

Pages

Powered By Blogger