Saturday, April 21, 2007

Isu Penting yang Bakal Dihadapi Arus Kebangkitan

Hassan Al-Banna secara terperinci telah mengariskan krisis umat Islam. Menurut beliau "Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular kesetiap sudut hayat mereka."

  1. Dalam sudut politik - bangsa ini terlah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah.
  2. Dalam sudut ekonomi - amalan riba berleluasa disemua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka
  3. Dalam sudut pemikiran - timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakt mereka
  4. Dalam sudut sosial - wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan mencemar kesucian hidup mereka.
  5. Dalam sudut undang-undang - wujudnya kepincangan dalam undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh tuhan yang mencipta manusia, raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia.
  6. Dalam sudut dasar pelajaran dan polisi pendidikan - wujudnya kepincangan sehingga menghalang generasi baru, bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.
  7. Dalam sudut kejiwaan - bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas, pengecut, rendah diri, bnacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebaran pengorbanan. akhirnya bangsa ini terpiunggir daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan berhibur.

No comments:

Pages

Powered By Blogger