Tuesday, May 15, 2007

Sistem Ekonomi Islam

Asas terpenting dalam sistem ekonomi Islam secara ringkasnya adalah seperti berikut :
  1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu dicari, diurus dan dilabur dengan baik.
  2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.
  3. Meneroka sumber asli, dan semua sumber yang ada perlu dimanfaatkan.
  4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.
  5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin
  6. Jaminan sosial untuk setiap warganegara, melindungi kehidupan mereka dan berusaha mewujudkan suasana selesa dan bahagia untuk mereka.
  7. Menggalakan masyarakat supaya memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan, mewujudkan budaya tolong-menolong dikalangan rakyat dan berusaha berkerjasama untuk tujuan kebaikan dan ketaqwaan
  8. Mengiktiraf hak milik peribadi selagimana tiudak bertentangan dengan kepentingan awam.

( Himpunan Risalah Imam Hassan al-Banna )

Friday, May 11, 2007

Batas-batas hak manusia menggunakan harta Allah SWT

Umat manusia beroleh hak menggunakan dan mengambil manfaat dari harta Allah. Hak itu adalah hak tunggal yang diizinkan ka atas harta itu. Menggunakan harta itu boleh jadi dalam bentuk mengolahnya ataupun dalam bentuk melabur seperti dalam hartanah, pertanian dan perlombongan serta perkilangan. Dan kadang-kadang di dalam bentuk menggunakan harta itu seumpama kenderaan,tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan lain-lain hal untuk menguruskan kehidupan harian manusia. Ianya boleh juga dalam bentuk menguruskan harta itu secara halal dan berpandu kepada peraturan dan undang-undang seperti berjual-beli, wasiat dan pemberian bebas( hibah ).

Firman Allah SWT bermaksud;

1. " Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik "
( Al-Maidah ; 88 )

2. " Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik ( yang halal ) yang kami berikan kepada kamu " ( Al-Baqarah ; 172 )

3. " Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah " ( Al-An'am; 141 )

4. " Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu berhajat kepadanya "
( Surah Ibrahim ; 34 )

5. "Katakanlah ( wahai Muhammad ) ; Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hambaNya dan ( demikian juga ) benda-benda yang baik lagi halal rezeki yang dikurniakannya?" ( Surah al-Araf : 32 )

6. Dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau." ( Surah al-A'raf :31 )

Ciri-ciri Anak Soleh

  1. Berbuat baik kepada kedua ibubapanya walaupun ibubapanya musyrik.
  2. Menjauhi perbuatan yang tidak baik, sekalipun pada masa itu tidak ada orang mengetahuinya
  3. Mendirikan solat
  4. Mengajak manusia kepada kebaikan
  5. Menjauhi kemungkaran
  6. Bersabar menghadapi dugaan dalam kehidupan
  7. Tidak bersikap sombong
  8. Tidak melakukan perkara yang tidak baik dalam masyakarat
  9. Selalu bertutur dengan sopan
  10. Menghormati orang lain

( Rujuk Surah Al-Luqman : Ayat 15-19 )

Sunday, May 6, 2007

Ikhlas Dalam Da'wah

Di antara tanda orang yang ikhlas dalam da'wah ialah
  1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya.
  2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah SWT, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dari dimasuki oleh sifat megah dan takjub dengan diri sendiri.
  3. Lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhruan.
  4. Sama sahaja di sisi beliau bekerja sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat kepada dakwahnya.
  5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika sebaliknya adalah kemurkaan Allah SWT.
  6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah SWT dan agama-Nya, bukan kerana diri atau manfaatnya.
  7. Tidak bersifat malas, lembab atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat berkerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam.
  8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kalayakan dalam barisan orang-orang yang berkerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap orang yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya atau menghina dan marah kepadanya.

Pages

Powered By Blogger