Sunday, May 6, 2007

Ikhlas Dalam Da'wah

Di antara tanda orang yang ikhlas dalam da'wah ialah
  1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya.
  2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah SWT, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dari dimasuki oleh sifat megah dan takjub dengan diri sendiri.
  3. Lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhruan.
  4. Sama sahaja di sisi beliau bekerja sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat kepada dakwahnya.
  5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika sebaliknya adalah kemurkaan Allah SWT.
  6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah SWT dan agama-Nya, bukan kerana diri atau manfaatnya.
  7. Tidak bersifat malas, lembab atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat berkerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam.
  8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kalayakan dalam barisan orang-orang yang berkerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap orang yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya atau menghina dan marah kepadanya.

No comments:

Pages

Powered By Blogger