Tuesday, January 19, 2010

Asas Pembinaan Sebuah Negara - Imam Hassan Al-Banna



1. Ketuhanan

2. Mengangkat martabat manusia

3. Mengesahkan wujudnya hari pembalasan

4. Melaungkan ikatan persaudaraan seluruh manusia

5. Mengajak kaum lelaki dan wanita supaya bangkit bersama. Mengisytiharkan kerjasama dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta mengariskan peranan masing-masing secara terperinci

6. Menjamin kestabilan masyarakat dengan cara memperakui hak untuk hidup, hak memiliki harta, hak berkerja, hak kesihatan tubuh badan, hak kebebasan, hak berilmu, hak keselamatan setiap individu dan hak menentukan sumber pendapatan

6. Mengawal dua naluri manusia iaitu menjaga zuriat, disamping mengatur keperluan mulut dan seks.

7. Tegas dalam memerangi jenayah yang sebenar

8. Memelihara perpaduan umat Islam dan menghapuskan segala bentuk dan punca yang membawa perpercahan.

9. Mewajibkan umat Islam melaksanakan jihad demi menegakkan prinsip kebenaran yang diketengahkan oleh sistem ini.

10. Meletakan negara sebagai wakil kepada gagasan fikrah ini dan bertindak sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakt dan kemudian menyampaikan gagasan ini kepada seluruh manusia.

( Antara Semalam dan Hari Ini )

Friday, January 8, 2010

Iman Hassan Al-Banna menukilkan



1. Namun suatu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan berhadapan dengan zaman peralihan yang kritikal. Suatu bangsa yang mahu membina masa depannnya di atas landasan yang mantap ; Masa depan yang menjamin kesajahteraan dan keselesaan buat generasi baru. Bangsa yang mahu menutut hak dan harga diri mereka yang telah dirampas, bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan yang berbeza.

2. Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak. Anak bangsanya perlu dididik agar menghadapi segala rintangan disepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan.

3. Lelaki rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki yang berketerampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi.

4. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki yang memiliki sifat-sifat kelakian yang sebenar. Saya yakin dan sejarah membuktikan bahawa sorang lelaki mampu membina bangsa jika dia memiliki sifat kelakian yang sebenarnya. Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini jika kelakiannya dihalakan kearah kehancuran bukan ke arah pembangunan bangsa.

Pages

Powered By Blogger