Friday, January 8, 2010

Iman Hassan Al-Banna menukilkan



1. Namun suatu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan berhadapan dengan zaman peralihan yang kritikal. Suatu bangsa yang mahu membina masa depannnya di atas landasan yang mantap ; Masa depan yang menjamin kesajahteraan dan keselesaan buat generasi baru. Bangsa yang mahu menutut hak dan harga diri mereka yang telah dirampas, bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan yang berbeza.

2. Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak. Anak bangsanya perlu dididik agar menghadapi segala rintangan disepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan.

3. Lelaki rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki yang berketerampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi.

4. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki yang memiliki sifat-sifat kelakian yang sebenar. Saya yakin dan sejarah membuktikan bahawa sorang lelaki mampu membina bangsa jika dia memiliki sifat kelakian yang sebenarnya. Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini jika kelakiannya dihalakan kearah kehancuran bukan ke arah pembangunan bangsa.

No comments:

Pages

Powered By Blogger