Saturday, July 12, 2008

Surah Al-Baqarah Ayat 275 - Berkenaan Riba


Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.





Singapura setaraf Israel?

BERITA mengenai niat negara jiran Malaysia iaitu Singapura yang bakal membuat perolehan sehingga 100 pesawat pejuang F-35 Joint Strike Fighter (JSF) mengundang berbagai andaian bukan sahaja dari kalangan ahli politik dan profesional tetapi juga dari orang ramai.

Reaksi sebegini tidak menghairankan kerana apa sahaja berita mengenai keupayaan ketenteraan Singapura sudah pasti akan menarik perhatian rakyat Malaysia.

Tetapi berita mengenai F-35 adalah begitu istimewa bukan sahaja kerana pesawat pejuang ini adalah paling canggih pernah dibangunkan tetapi juga jumlah sehingga 100 buah telah mengundang berbagai spekulasi mengenai tujuan sebenar Singapura.

Perlu diambil perhatian walaupun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada ketika ini dianggap sebagai kuasa udara yang dominan di kalangan negara ASEAN kerana Sukhoi SU-30 milik mereka, tetapi kehadiran F-35 tidak lama lagi akan mengubah senario penguasaan pertahanan udara.

Tidak keterlaluan jika diandaikan negara yang memiliki F-35 akan melonjak sehingga 30 tahun kehadapan dalam hal ehwal penguasaan ruang udara.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, dalam reaksi balas terhadap berita perolehan F-35 menyatakan cadangan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) merupakan amalan biasa sesebuah negara dalam memodenkan angkatan tenteranya dan ia tidak perlu dibimbangi.

"Saya tidak terkejut dengan berita tersebut. Itu merupakan program pemodenan tentera mereka dalam jangka masa panjang," tambah beliau.

Sememangnya berita mengenai F-35 Singapura tidak mengejutkan kerana niat tersebut telah pun diketahui semenjak tahun 2003 lagi ketika mereka menyertai projek pembangunan F-35 dalam kategori Penyertaan Kerjasama Keselamatan (SCP).

Terdapat empat tahap penyertaan program F-35 iaitu Tahap 1,2,3 dan SCP yang memerlukan sumbangan kewangan yang berbeza bagi setiap tahap.

Penyertaan Tahap 1 umpamanya yang hanya dimiliki oleh United Kingdom memerlukan sumbangan sehingga AS$2 bilion sementara tahap terendah SCP telah menyaksikan Singapura dan Israel memberi sumbangan sehingga AS$50 juta kepada projek pembangunan F-35. Perlu diambil perhatian bahawa sumbangan penyertaan tidak termasuk kos perolehan pesawat pejuang tersebut.

SumbanganBukan semua negara mempunyai keistimewaan untuk turut serta dalam pembangunan F-35 kerana ia adalah atas dasar jemputan Amerika Syarikat sahaja. Setakat hari ini terdapat hanya 10 negara yang turut sama dalam projek F-35 iaitu Tahap 1 (United Kingdom), Tahap 2 (Itali dan Belanda), Tahap 3 (Australia, Kanada, Denmark, Norway dan Turki) dan SCP (Singapura dan Israel).

AS membenarkan penyertaan negara lain kerana sumbangan yang diberi dapat menampung kos pembangunan F-35 kerana peruntukan yang disediakan oleh Kongres AS adalah begitu terhad sekali.

Manakala negara yang menyertai program tersebut dibenarkan berkongsi penyertaan industri yang menjerumus kepada imbuhan bentuk ekonomi. Penyertaan UK umpamanya turut serta menguntungkan industri pertahanan mereka kerana beberapa bahagian teknologi F-35 dibangunkan oleh industri negara tersebut.

Begitu juga penyertaan Singapura dan Israel walaupun pada tahap terendah SCP telah sedikit sebanyak memberi nafas kepada industri pertahanan mereka selain dari mendapat keistimewaan membuat perolehan F-35.

Tetapi apa yang paling penting mengenai penyertaan 10 negara tersebut dalam pembangunan F-35 adalah mereka mempunyai suara untuk menentukan ciri-ciri F-35 yang bakal dimiliki.

Seperti mana sistem avionik Sukhoi SU-30 milik Malaysia diubahsuai menggunakan teknologi Perancis, F-35 Singapura juga besar kemungkinan diubah suai mengikut keperluan RSAF.

Memang benar perolehan F-35 RSAF tidak memeranjatkan walaupun pesawat pejuang tersebut jauh lebih hebat daripada Sukhoi SU-30 TUDM. Tetapi apa yang mengejutkan adalah jumlah 100 buah yang bakal dibuat kerana ia mengundang berbagai spekulasi.

Ketika Singapura menyertai program tersebut pada tahun 2003, jumlah bakal perolehan yang dinyatakan hanya 24 buah sahaja, iaitu satu angka yang masih dianggap munasabah walaupun dibandingkan dengan 18 Sukhoi SU-30 yang bakal dimiliki oleh TUDM.

Israel umpamanya yang sama-sama berada dalam kumpulan SCP seperti Singapura, juga diberitakan akan membuat perolehan sebanyak 100 pesawat F-35 dan ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana rejim tersebut sentiasa berada dalam keadaan konflik dengan jiran Asia Barat mereka.

Tidak munasabahnya perolehan 100 F-35 oleh Singapura dapat difahami dengan jelas menggunakan anologi nisbah pemilikan F-16 antara Singapura dan Israel.

RSAF adalah satu-satunya organisasi angkatan tentera udara yang mempunyai nisbah jumlah pesawat pejuang berbanding dengan keluasan kawasan operasi yang paling tinggi.

Malah nilai nisbah tersebut melampaui pesawat pejuang yang dimiliki oleh tentera udara Israel (IAF). Ambil contoh jumlah jet pejuang F-16 yang dimiliki oleh RSAF.

Setakat ini mereka mempunyai sebanyak 38 buah jet pejuang F-16 yang bersamaan dengan satu jet pejuang untuk mengawal setiap 55km persegi jika jarak operasi F-16 ialah 1,000km.

IAF, secara perbandingan hanya mempunyai satu jet pejuang F-16 untuk setiap 80 km persegi negara tersebut. Jika ditambah jumlah F-15 yang dimiliki oleh RSAF, besar kemungkinan RSAF jauh lebih hebat dari IAF.

Apakah rakyat Malaysia perlu gusar dengan kehadiran 100 F-35 di ruang udara ASEAN adalah satu perkara yang menarik untuk dibahaskan.

Tetapi apa yang paling penting adalah pihak yang bertanggung jawab mengenai pertahanan negara sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan dalam kes ini sudah pasti rakyat Malaysia menaruh seluruh kepercayaan kepada kewibawaan TUDM.

Pages

Powered By Blogger