Monday, October 20, 2008

Iraq dapat Hak Kedaulatan



ASKAR Amerika Syarikat membuat rondaan di Baquba, dalam wilayah Diyala lebih kurang 65 kilometer (40 batu) ke timur laut Baghdad, baru-baru ini. - Foto Reuters

Baghdad boleh dakwa tentera Amerika terbabit lakukan jenayah

BAGHDAD: Iraq akhirnya diberi hak untuk mendakwa tentera dan rakyat Amerika Syarikat yang melakukan jenayah di luar pangkalan mereka menurut perjanjian keselamatan baru yang mengembalikan banyak hak kedaulatan negara Arab itu.

Menurut deraf perjanjian baru itu, Amerika akan terus mempunyai bidang kuasa ke atas anggota tentera mereka di dalam pangkalan atau ketika mereka menjalankan operasi tetapi tidak dalam lain keadaan.


Perjanjian baru itu memberi kemenangan kepada kerajaan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki yang sejak sekian lama mengambil pandangan tegas untuk mempertahankan kedaulatan negaranya.


Perjanjian digelar Sofa (Status of Forces Agreement) memberi asas perundangan bagi kehadiran tentera Amerika selepas mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tamat 31 Disember ini.

Jika perjanjian itu dimeterai kedua-dua pihak dan diluluskan Parlimen Iraq ia akan berkuatkuasa pada 1 Januari.

Nuri al-Maliki

Pasukan perang Amerika akan berundur dari pekan dan kampung Iraq menjelang Jun 2009 dan akan berundur keseluruhan daripada negara Arab itu menjelang Disember 2001, kata deraf dokumen perjanjian itu.

"Pasukan keselamatan Iraq tidak lama lagi akan mengambil alih kawalan di seluruh negara dan selepas Jun 2009, pasukan tentera Amerika hanya berada di pangkalan mereka," menurut dokumen itu yang diperoleh AFP.

Kedua-dua pihak juga bersetuju sebarang operasi ketenteraan perlu mendapat kelulusan Baghdad terlebih dulu.

"Semua operasi tentera ini mesti dilaksanakan menurut perlembagaan dan undang-undang Iraq," menurut dokumen itu.

Perjanjian itu juga mengehadkan kuasa tentera Amerika dengan membenarkan mereka menahan rakyat Iraq hanya atas arahan Baghdad.

Jika mereka menahan rakyat Iraq, tahanan itu mesti diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Menurut perjanjian baru Iraq juga mendapat kawalan semula terhadap ruang udaranya. � AFP

No comments:

Pages

Powered By Blogger