Wednesday, October 22, 2008

Palestine ; Hamas setuju syor Mesir

Hamas setuju syor Mesir



PEMIMPIN Palestin, Mahmoud Abbas (kiri), sedang bercakap dengan Presiden Syria, Bashar Assad, sepanjang mesyuarat mereka yang diadakan selama dua hari di Damsyik, Syria pada 12 Oktober yang lalu.

Pelan perpaduan dengan Fatah kembali keamanan di Palestin

GAZA: Pergerakan Hamas secara dasarnya semalam bersetuju dengan syor Mesir berhubung pelan perpaduan dengan kumpulan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, tetapi pada masa sama akan menuntut beberapa perubahan pada cadangan berkenaan.

"Kami bersetuju dengan deraf perjanjian itu dan tidak akan membantahnya. Tetapi perlu wujud sebarang jaminan mengenai apa yang harus dipersetujui," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

"Hamas sememangnya mengharapkan kejayaan usaha Mesir bagi mencapai penyatuan yang boleh melindungi prinsip, hak serta menyatupadukan rakyat kami," katanya.


"Bagaimanapun, Hamas akan tetap menuntut beberapa perubahan. Tidak dinafikan deraf itu mengandungi beberapa elemen positif, tetapi ia masih perlu dikemas kini. Kami juga akan mendapatkan penjelasan terhadap beberapa perkara daripada barisan kepemimpinan Mesir."

Dua kumpulan itu saling bermusuhan sejak Hamas mengusir pasukan Fatah dari Semenanjung Gaza dalam pertempuran ganas di jalanan pada Jun 2007.

Wakil dua pihak sudah dipelawa untuk bermesyuarat di Kaherah pada 9 November ini bagi membincangkan pelan damai tajaan Mesir, selaku orang tengah.

Pelan damai itu juga dilihat sebagai usaha memulihkan semula perpaduan dan meleraikan krisis Perlembagaan yang boleh mencetuskan konflik lebih besar jika permusuhan mereka dibiarkan.

Pelan damai Mesir itu yang masih belum dipersetujui Mahmoud antara lainnya mengesyorkan pembentukan kerajaan sementara dibarisi Menteri yang boleh di terima semua pihak selain merombak pasukan keselamatan Palestin dengan bantuan Arab. � AFP

No comments:

Pages

Powered By Blogger