Friday, May 22, 2009

Selamat Hari Guru - Pendidik

1. Guru adalah insan yang mulia menjadi penyuluh kepada insan yang lain dalam memandu ke arah cahaya.

2. Gurulah memberikan pelbagai ilmu kepada anak-anak muridnya samaada yang terdiri yang sekecil-kecilnya sehingga ke yang tua-tua.

3. Guru dalam erti kata yang sebenar adalah juga merupakan seorang pendidik yang pada hakikatnya memimpin insan ke arah kebaikan.

4. Pendidik yang sebenar bukan sekadar menjelaskan ilmu-ilmu yang ada padanya sahaja tetapi juga dalam pengertian yang lebih dari itu. Seorang pendidik juga dikatakan sebagai seorang bapa yang memberikan kasih sayangnya kepada orang yang di didik. Ia juga seorang syeikh yang memimpin keruhanian seseorang ke arah mentaati perintah Allah SWT.

5. Jasa seorang pendidik seharusnya dikenang setiap masa kerana merekalah menjelaskan kejahilan seseorang ke arah jalan yang sebenar.

6. Ilmu yang diajarkan dan di amalkan oleh penuntutnya akan sentiasa diganjari pahala oleh Allah SWT kepada si pendidik.

7. Semestinya kita mestilah menjadi seorang pendidik tidak kira apa jua latarbelakang pendidikan kita. Bapa menjadi pendidik kepada keluarganya, isteri atau ibu menjadi pendidik kepada anak-anaknya, abang dan kakak akan menjadi pendidik kepada adik-adiknya dan seterusnya.

8. Qudwah yang di tunjukanan oleh Rasulullah SAW yang merupakan bapa pendidik kepada seluruh penduduk dunia sepanjang zaman. Baginda merupakan rahmat keseluruh alam ini.

No comments:

Pages

Powered By Blogger