Friday, April 18, 2008

Israel mengganas lagi........

Mangsa terbaru 20 orang termasuk 17 warga Palestin terbunuh


GAZA: Semenanjung Gaza bersiap menghadapi lebih banyak keganasan semalam( 16hb April 2008 ), sehari selepas sekurang-kurangnya 20 orang maut, termasuk 17 warga Palestin dan seorang jurukamera agensi berita antarabangsa kerana pencerobohan tentera Israel ke kawasan berkenaan.

Di Tebing Barat, satu lagi wilayah Palestin, tentera Israel menembak mati dua pejuang Jihad Islam selepas menceroboh dan mengepung sebuah rumah di perkampungan Qabatiya, Jenin.

Kematian di kedua-dua wilayah Palestin itu menjadikan sekurang-kurangnya 411 maut, majoritinya pejuang di Gaza, sejak pihak Israel dan Palestin menghidupkan semula rundingan damai pada satu persidangan anjuran Amerika Syarikat, November lalu.


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam satu kenyataan menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan memuncak di Semenanjung Gaza dan selatan Israel serta menggesa semua pihak bersabar.


Dalam kejadian lewat kelmarin, jurukamera Reuters, Fadel Shana, 23, parah selepas kenderaannya dibedil peluru berpandu di tengah Semenanjung Gaza.

"Beliau mati setibanya di hospital," kata Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr Muawiya Hassanein kepada agensi berita Agence France-Presse (AFP).

No comments:

Pages

Powered By Blogger