Monday, April 28, 2008

Tips untuk Mengambil Hati setiap Manusia

1. Senyuman yang suci

Hendaklah sentiasa melemparkan senyuman walaupun apa jua keadaanpun. Islam mengiktirafnya sebagai suatu perbuatan yang mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Ini tunjukan melalui kekasihNya Rasululullah SAW yang sentiasa memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja dan apa dalam keadaan juapun. Senyuman sebenarnya amat sukar dibuat-buat ianya tidak akan lahir daripada hati yang sombong, orang-orang yang mempunyai sifat yang angkuh dan busuk hati.

2. Pertuturan yang santun dan lembut

Hendaklah memilih kata-kata yang sesuai dan diucapkan dengan cara yang lembut. Inilah yang akan menyebabkan manusia mudah terpikat dengan kata-kata tersebut. Hendaklah dihindari perkataan yang keji, keras, yang memalukan orang serta menyakitkan hati manusia yang lain.

3. Wajah yang selalu ceria

Wajah yang ceria memberikan suasana yang selesa kepada orang-orang yang berada disekitarnya. Seeorang yang mempunyai wajah yang ceria menyebabkan orang lain mudah terpikat dengan apa yang ingin disampaikan.

4. Mudah menyapa dan mengucapkan salam

Hendaklah menjadi seorang yang mudah menyapa orang lain dan ringan mulut untuk mengucapkan salam. Dia akan memberi salam atau menyapa terlebih dahulu sebelum orang lain memberikannya.

5. Bersikap sopan dan memberikan penghormatan

Anda mempunyai sifat yang sopan dalam pergualan tidak kira apa jua status anda. Mudah memberikan penghormatan kepada orang lain terhadap apa jua kejayaan dan pertolongan yang diberikan.


6. Tidak menyakitkan perasaan orang lain

Kata-kata anda tidak menyentuh hati orang lain dan berhati-hati dalam memilih perkataan. Tidak menggunakan perkataan yang boleh menjauhkan orang daripada anda atau menyinggung perasaan orang.

7. Mempunyai sifat diri yang menyenangkan

Imejnya adalah disenangi oleh semua orang yang berada disampingnya serta orang melihatnya dengan senang hati terhadap penampilan dirinya. Hendaklah tidak mempunyi sifat yang menunjuk-nunjuk terhadap penonjalan dirinya terutama dari segi berpakaian dan perhiasan diri.

8. Memaafkan kesalahan orang lain

Memepunyai sifat yang mudah memaafkan kesalahan orang lain walaupun terasa berat dihatinya. Amalan baik dilakukan oleh seseorang itu sebelum tidur pada hari itu dia akan memaafkan orang-orang yang telah melakukan kesalahan kepadanya. Ini akan menaikkan imejnya dan memudahkan orang lain menerimanya.

No comments:

Pages

Powered By Blogger